Posts

Showing posts from April, 2018

REFLEKSI CAHAYA SELEPAS SUBUH (SINAR MATAHARI)

REFLEKSI CAHAYA SELEPAS SUBUH (SINAR MATAHARI) Cahaya matahari waktu pagi terutama bermula dari waktu subuh akan meningkatkan tenaga nukleus sel. Namun ketika maghrib, tenaga akan diserap keluar apabila terdedah kepada pancaran matahari ketika itu. Begitu juga dengan cahaya bulan mengambang penuh yang menghasilkan ion-ion positif untuk keperluan tubuh manusia. Sel-sel sentiasa bergetar dengan harmoni bagi mewujudkan keseimbangan kepada seluruh sistem dan tubuh. Getaran ini mewujudkan gema dengan frekuensi rendah. Jesteru, sel memerlukan pancaran cahaya sebagai tenaga yang sesuai untuk keseimbangannya. Nukleus sel memegang rahsia spiritual dan emosional (ion positif) manakala ruangan sel adalah rahsia mental (ion negatif), Ia boleh ditakrifkan sebagai karbon yang bertindak sebagai penapis yang sangat halus supaya tidak menyerap keracunan. Kedua-dua ion positif dan negatif perlu diseimbangkan di dalam sel menurut keseimbangan asalnya yang bersifat berpasangan. Ion-ion positif dan neg...

Lapisan Atmosfera

Image
Satu kenyataan telah disebut di dalam Al-Quran bahawa alam semesta ini mempunyai 7 lapisan; “Dia-lah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak terhadap langit, lalu di jadikanNya 7 lapisan langit. Dan Dia maha Mengetahui segala sesuatu”. (Surah al-Baqarah; 29) Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. (Surah Fusilat; 12) Perkatan 'langit-langit', yang mana banyak di sebut di dalam ayat Al-Quran merujuk kepada langit di atas bumi dan merangkumi juga seluruh alam semesta. Makna perkataan tersebut bermaksud langit di bumi ataupun atmosfera yang terdiri daripada 7 lapisan. Kajian kontemporari mendapati bahawa atmosfera dunia terdiri daripada pelbagai lapisan yang saling tindih menindih di antara satu sama ...

Rahsia Air & Nafas

Image
Rahsia Air Dalam Nafas Air sejuk bersih yang tidak dimasak adalah air yang lebih baik dan lebih halus atom nya dan amat hebat jika digunakan untuk dijadikan amalan dalam menjaga kesihatan kerana ia mempunyai kandungan oksigen (udara) yang tinggi. Apabila anda terperanjat, sedang marah, lupa secara tiba-tiba atau terganggu perasaan, minumlah air. Air dan juga garam kristal adalah unsur kejadian yang sama atau air dalam rahsia nafas. Nafas itu adalah rahsia oksigen dan oksigen itu adalah rahsia air. Oleh itu paru-paru adalah organ yang amat sensitif dalam menghadapi serangan alahan dan jangkitan. Nitrogen, Oksigen dan Hidrogen adalah rahsia air yang bertukar bentuk secara ghaib di dalam tubuh sekali gus harganya adalah tidak ternilai.