Posts

Akhlak Sesama Manusia

Akhlak Sesama Manusia Akhlak kepada Diri Sendiri 1.     Akhlak terhadap jasmani (kesihatan tubuh badan) a.     Makan makanan yang halal dan baik Wahai orang-orang Yang beriman! makanlah dari benda-benda Yang   baik (yang halal) Yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya. (Surah Al-Baqarah:172) b.     Menjaga kesihatan tubuh badan Terdapat hak-hak yang perlu dijaga oleh seorang muslim terhadap kesihatan tubuh badannya, agar senantiasa sihat untuk melakukan aktiviti hariannya. عن أبي هريرة، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم "المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف" Dari Abu Hurairah r.a. telah berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.:- “Seorang mukmin yang gagah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah dari mukmin yang lemah”. (Riwayat Muslim – No. 8/2664) c.     Membersihkan diri dan pakaian Wahai an...
Image
MODUL PEMBELAJARAN Objektif Activation 1.1    Menyeimbangkan fungsi otak kanan dan otak kiri agar berfungsi secara normal pada tahap yang lebih efisyen 1.2    Meningkatkan   kekuatan kuasa dalaman minda. 1.3    Meningkatkan kestabilan emosi   agar sentiasa bersifat positif dan secara tidak lansung membantu untuk: 1.3.1     Meningkatkan daya konsentrasi. 1.3.2     Daya berfikir lebih pantas. 1.3.3     Tahap daya ingatan yang tinggi 1.3.4     Tingkat kestabilan emosi yang lebih baik. 1.3.5     Meningkatkan daya kreatif dan inovatif. 1.3.6     Lebih berprestasi dalam bidang yang diceburi

Frekuensi gelombang otak manusia

Image
Frekuensi gelombang otak dapat dirumuskan seperti berikut: √ (BETA) – Pada keadaan - KONSENTRASI / WASPADA - Pola gelombang otak dalam lingkungan pusingan antara 13 – 29 sesaat. Contohnya – semasa berkeadaan sangat berfokus atau sedang berjaga-jaga. √ (ALPHA) – Pada keadaan – ISTIREHAT – Pola gelombang otak dalam lingkungan pusingan antara 8 – 12 sesaat. Minda Terpendam. Contohnya – Semasa bersantai, kedamaian di tepi pantai, melukis, melihat bulan…..banyak ilham yang diperolehi. √ (THETA) – Pada keadaan – PENUH ISTIREHAT ( FREE FLOW ) - Pola gelombang otak dalam lingkungan pusingan antara 4 – 7 sesaat. Minda Terpendam. Contohnya – Subconcious Mind – bertafakur, berzikir, bersujud dalam keadaan yang hening dan tenteram , sedang memfokuskan sesuatu, beri perhatian, pengambaran, visualisasi. √ (DELTA) – Pada keadaan – MASA TIDUR - Pola gelombang otak dalam lingkungan pusingan antara 1 – 3 sesaat. Contohnya – Semasa sebelum tidur, minda ini amat terbuka mencetus idea kreati...

Tekanan Merupakan Rahmat Daripada Allah

Image
Tahukah anda, tekanan dalam kehidupan kita merupakan sebagian daripada rahmat Allah? Tekanan merupakan satu reaksi negetif manusia terhadap rangsangan daripada sosial, suasana kerja, ganjaran yang tidak mencukupi, gaya hidup yang terlalu mendesak atau sebagainya. Ia merupakan satu fenomena yang penting dan sering kali dikaitkan dengan tahap prestasi individu, termasuk menjejaskan produktiviti serta kualiti hidup sekiranya tidak ditangani dengan baik dan sempurna. Justeru, tekanan yang berlebihan boleh memberikan kesan yang negetif terhadap kesihatan dan seterusnya kesejahteraan dalam kehidupan individu itu sendiri. Terdapat juga tekanan yang berunsur posisitif yang dikenali sebagai eustress, yang bermaksud tekanan yang dialami secara sederhana dan mampu memotivasikan individu untuk mencapai matlamat dan berjaya dalam usaha yang dilaksanakan. Formula Orang-orang Soleh atau FOS merupakan sebuah “software” yang berfungsi sebagai “ Spritual Engineering” dalam usaha Pembanguan Moda...

REFLEKSI CAHAYA SELEPAS SUBUH (SINAR MATAHARI)

REFLEKSI CAHAYA SELEPAS SUBUH (SINAR MATAHARI) Cahaya matahari waktu pagi terutama bermula dari waktu subuh akan meningkatkan tenaga nukleus sel. Namun ketika maghrib, tenaga akan diserap keluar apabila terdedah kepada pancaran matahari ketika itu. Begitu juga dengan cahaya bulan mengambang penuh yang menghasilkan ion-ion positif untuk keperluan tubuh manusia. Sel-sel sentiasa bergetar dengan harmoni bagi mewujudkan keseimbangan kepada seluruh sistem dan tubuh. Getaran ini mewujudkan gema dengan frekuensi rendah. Jesteru, sel memerlukan pancaran cahaya sebagai tenaga yang sesuai untuk keseimbangannya. Nukleus sel memegang rahsia spiritual dan emosional (ion positif) manakala ruangan sel adalah rahsia mental (ion negatif), Ia boleh ditakrifkan sebagai karbon yang bertindak sebagai penapis yang sangat halus supaya tidak menyerap keracunan. Kedua-dua ion positif dan negatif perlu diseimbangkan di dalam sel menurut keseimbangan asalnya yang bersifat berpasangan. Ion-ion positif dan neg...

Lapisan Atmosfera

Image
Satu kenyataan telah disebut di dalam Al-Quran bahawa alam semesta ini mempunyai 7 lapisan; “Dia-lah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak terhadap langit, lalu di jadikanNya 7 lapisan langit. Dan Dia maha Mengetahui segala sesuatu”. (Surah al-Baqarah; 29) Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. (Surah Fusilat; 12) Perkatan 'langit-langit', yang mana banyak di sebut di dalam ayat Al-Quran merujuk kepada langit di atas bumi dan merangkumi juga seluruh alam semesta. Makna perkataan tersebut bermaksud langit di bumi ataupun atmosfera yang terdiri daripada 7 lapisan. Kajian kontemporari mendapati bahawa atmosfera dunia terdiri daripada pelbagai lapisan yang saling tindih menindih di antara satu sama ...

Rahsia Air & Nafas

Image
Rahsia Air Dalam Nafas Air sejuk bersih yang tidak dimasak adalah air yang lebih baik dan lebih halus atom nya dan amat hebat jika digunakan untuk dijadikan amalan dalam menjaga kesihatan kerana ia mempunyai kandungan oksigen (udara) yang tinggi. Apabila anda terperanjat, sedang marah, lupa secara tiba-tiba atau terganggu perasaan, minumlah air. Air dan juga garam kristal adalah unsur kejadian yang sama atau air dalam rahsia nafas. Nafas itu adalah rahsia oksigen dan oksigen itu adalah rahsia air. Oleh itu paru-paru adalah organ yang amat sensitif dalam menghadapi serangan alahan dan jangkitan. Nitrogen, Oksigen dan Hidrogen adalah rahsia air yang bertukar bentuk secara ghaib di dalam tubuh sekali gus harganya adalah tidak ternilai.