Akhlak Sesama Manusia


Akhlak Sesama Manusia

Akhlak kepada Diri Sendiri
1.    Akhlak terhadap jasmani (kesihatan tubuh badan)

a.    Makan makanan yang halal dan baik

Wahai orang-orang Yang beriman! makanlah dari benda-benda Yang  baik (yang halal) Yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.
(Surah Al-Baqarah:172)

b.    Menjaga kesihatan tubuh badan

Terdapat hak-hak yang perlu dijaga oleh seorang muslim terhadap kesihatan tubuh badannya, agar senantiasa sihat untuk melakukan aktiviti hariannya.

عن أبي هريرة، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
"المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف"
Dari Abu Hurairah r.a. telah berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.:-
“Seorang mukmin yang gagah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah dari mukmin yang lemah”.
(Riwayat Muslim – No. 8/2664)

c.    Membersihkan diri dan pakaian

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian Yang berupa taqwa itulah Yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).                    (Surah Al-A’raf:26)

          dan pakaianmu, maka hendaklah Engkau bersihkan.
(Surah Al-Mudasthir : 4)




2.    Akhlak terhadap akal pemikiran

a.    Wajib menuntut Ilmu sepanjang hayatnya
b.    Beramal dengan Ilmu
c.    Berusaha menjadi ‘PAKAR’ didalam bidang yang diceburi
d.    Menyampaikan Ilmu yang dipelajari dan yang diamalkan

3.    Akhlak terhadap ruhani

a.    Menjaga akidah
b.    Menjaga ibadah dan beristiqamah
c.    Selalu memohon ampun dan bersegera bertaubat

Hadith 40:26
Akhlak kepada Masyarakat
1.    Menjalinkan dan menjaga silaturahim

……Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain[264], dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu
(Surah An Nisa :1)
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara…..
(Surah Al-Imran :103)
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang    ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah….
(Surah Al-Imran :110)

2.    Menunaikan hak saudara semuslim

sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
(Surah Al-Hujurat :10)

أنا أبا هريرة رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول:
"حَقُّ المُسلِمِ على المسلم خمسٌ: رَدُّ السَّلامِ، وعِيادَةُ المَرِيضِ، واتْبَاعُ الجَنَائِزِ، وإجابة الدَّعوَةِ، وتَشْمِيتُ العاطِسِ"
Bahawa Abu Hurairah r.a. berkata: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Hak seorang muslim kepada muslim yang lain ada lima:-
Menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, memenuhi undangan, mendoakan orang yang bersin”.
 (Riwayat Bukhari – No. 2/1183)
Dari Abi Hamzah Anas bin Malik ra khadam Rasulullah s.a.w dari Nabi s.a.w, sabdanya: tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurayrah ra bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, mak hendaklah ia berkata akan yang baik atau hendaklah ia diam. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia muliakan jirannya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia muliakan tamunya.
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri
 (Surah An Nisa :36)
Dari Abu Dzar Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu’adz bin jabal ra dari Rasulullah s.a.w sabdanya : Bertakwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Dan ikutilah kejahatan dengan mengerjakan kebaikan, nescaya menghapuskannya. Dan berperangai kepada manusia dengan perangai yang bagus.
(Diriwayatkan oleh Al Tirmizi)
Dari al- Nawwas bin Siman ra dari Nabi s.a.w sabdanya : Kebaikan itu ialah elok budi pekerti. Dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam diri engkau dan engkau benci bahawa dilihat oleh manusia kepadanya.
(Diriwayatkan oleh Muslim)


Diantara amalan cinta dan kasih sesame manusia yang perlu kita amalkan di dalam kehidupan harian kita dan akan memperoleh manfaat adalah:

1.   Senyum

Senyuman itu sedekah. Begitu mudah untuk mendapatkan pahala sedekah tanpa mengeluarkan wang ringgit atau peluh.
Dari Abu Dzar ra. Rasulullah s.a.w bersabda : Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah
(Diriwayatkan oleh Bukhari dari Kitabul Adab)
Tapi benarkah senyum itu mudah? . Senyum adalah luahan batin. Ia merupakan cirri khas makhluk yang bernama manusia. Manusia mudah jatuh hati pada seseorang yang tersenyum. Senyum juga mampu menumbuhkan rasa gembira, menyebabkan hati menjadi damai. Senyum juga mampu mengusir duka.
Sebaliknya tanpa senyum, orang akan menjauhkan diri dari kita. Manusia cenderung untuk tidak menyukai sikap sombong, angkuh, kasar dan bengis. Dan semuanya wujud tanpa senyum. Firman Allah SWT:
Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu…
(Surah Al-Imran :159)
Cinta yang mampu mampu melahirkan senyuman dari dalam hati, yang mampu melapangkan dada. Cinta yang membebaskan sebarang perbezaan dan berasal dari Najran yang kasar. Tibab-tiba saja seorANG Arab Badwi dating dan menarik serban Rasulullah secara kasar. Aku (Anas bin Malik) melihat bahu Rasulullah melecet akibat tarikan kasar orang Arab Badwi itu. Orang itu berkata, “ Ya Muhammad, perintahkan agar aku memperoleh harta yang Allah berikan kepadamu”. Rasulullah menoleh dan tersenyum kepadanya, lalu memerintahkan agar dia mendapat hadiah.
Tidak semua senyum itu sejati. Ada senyum yang muncul mewakili perasaan (ibtisamah syu’uriah), ada juga senyum dusta (ibtisamah ghaira haqiqiyah).
Senyum yang lahir dari perasaan adalah senyum sejati. Ia hadir saat seorang Muslim bertemu dengan saudaranya atau menyaksikan peristiwa yang mengundang senyum. Peribadi Rasulullah s.a.w sentiasa dihiasi dengan sifat ini.
Abdullah bin Harits mengatakan, “ saya belum pernah melihat seorang pun yang paling banyak tersenyum daripada Rasulullah s.a.w
(Diriwayatkan oleh Ahmad)


Rasulullah tersenyum melihat para wanita yang lari lintang pukang apabila mengetaui Umar bin Khattab ra akan dating. “ Engkau lebih keras dan kasar berbanding Rasulullah s.a.w.”. kata para wanita kepada Umar apabila ditanya kenapa reaksi mereka sebegitu rupa.
(Diriwayatkan oleh Bukhari)
Senyum ketika mendengar berita gembira juga termasuk dalam senyum sejati. Sebagaimana yang dilakukan oleh Abu Bakar ra apabila beliau dipilih oleh Rasulullah s.a.w untuk menemani Baginda berhijrah ke Madinah. Ketika itu Abu Bakar tersenyum hingga menitiskan air mata kegembiraan.
Senyum juga boleh menguntum hasil daripada perasaan kecewa dan sedih. Sebagaimana yang berlaku apabila Rasulullah s.a.w tersenyum kepada Ka’ab bin Malik (salah seorang dari tiga orang yang tidak turut serta dalam perang Tabuk). Ka’ab mengatakan, “Ketika aku dating kepadanya, aku member salam, dan Baginda tersenyum…”
Senyum dusta pula adalah hasil rekayasa (budaya atau dalam perancangan melaksanakan sesuatu). Senyum yang menghiasi diri sekadar memperolehi manfaat dari orang yang dihadiahkan senyuman. Seperti senyuman seorang jejaka untuk memikat, senyuman par penjual untuk menarik para pelanggan atau senyuman para peniaga untuk menjaga hati pembeli.
Senyuman itu mudah, senyuman yang tulus itu sukar. Senyuman yang dusta juga bukan suatu yang mudah. Oleh itu, senyumyang menjadi sedekah juga bukan mudah yang kita bayangkan. Sesungguhnya, “Senyuman itu akan terasa berat dilakukan bagi jiwa yang belum dibiasakan dengan kebaikan…”
(Muhammad Qutb)

Contoh kisah Rasulullah mengimbirakan orang lain
Raulullah bersabda : “Amal yang paling dicintai Allah Taala adalah rasa gembira yang engkau resapkan ke dalam hati Muslim atau mengeluarkan maslah daripadanya atau membayarkan hutangnya atau mengusir rasa laparnya.”
(Diriwayatkan dari Ibn Abi al-Dunya dan al- Tabrani)
Dalam perjalanan Rasulullah s.a.w ke pasar, Baginda bertemu dengan seorang budak perempuan yang sedang menangis. Baginda bertanya kepadanya: “Mengapa kamu menangis?”
Budak itu menjawab: “ tuan saya member dua dirham kepada saya untuk membeli sesuatu, tetapi duit itu telah hilang. Saya takut dipukul ole tuan saya’.
Mendengar cerita budak itu, Rasulullah memberinya dua dirham dan menyuruhnya membeli barang seperti yang disuruh oleh tuannya. Dalam perjalanan pulang, Rasulullah berttemu lagi budak yang sama, juga dalam keadaan menangis. Lalu, Rasulullah bertanya: “Mengapa kamu menangis?, bukankah saya sudah beri duit?”
Dia menjawab: “ Tadi saya menangis kerana kehilangan duit. Kali ini saya menangis kerana terlewat pulang. Biasanya saya akan dimarahi.”
Rasulullah memberitahunya: “jika begitu, tidak apa, Saya hantar kamu pulang.” Apabila dampai di rumah, tuannya malu untuk memarahi budak tersebut kerana melihat Rasulullah yang menghantarnya.
Betapa murninya ati Rasulullah dapat menggembirakan hati seorang hamba yang takut pada tuannya.

Kisah Rasulullah tingal di rumah Abu Ayyub Al-Anssari






Kesimpulan
……..berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.
(Surah Al-Qashash :77)
Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran
(Surah An-Nahl :90)
Dan jika kamu sekalian menghendaki (keredhaan) Allah dan Rasulnya-Nya serta (kesenangan) di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa yang berbuat baik diantaramu pahala yang besar
(Surah Al-Ahzab :29)
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan
(Surah At-Tahrim :6)

Dari Abu Hurayrah ra katanya : Telah bersabda Raulullah s.a.w : Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan janganlah kamu bertipu-tipuan, dan janganlah kamu berbelakang-belakangan, dan janganlah setengah kamu menjual di atas penjualan setengah kamu dan jadilah kamu hai hamba Allah bersaudara. Orang Islam bersaudara orang Islam, tiada boleh ia menganiayainya, dan tiada boleh membiarkannya (dalam kehinaannya), dan tiada boleh mendustainya dan tiada boleh menghinakannya. Taqwa itu di sini – kata Nabi sambil menunjuk ke dadanya tiga kali. Sudah cukup banyak kejahatan seorang itu, bahawa ia merendahkan saudaranya orang Islam. Sekalian orang Islam atas orang Islam haram darahnya dan kehormatannya.
(Diriwayatkan oleh Muslim)






Comments

Popular posts from this blog

KEUNIKKAN OTAK TENGAH (MID BRAIN)

KUASA WARNA DAN SEMPADAN WARNA