KEUNIKKAN OTAK TENGAH (MID BRAIN)
Otak tengah (midbrain)
merupakan otak yang terletak diantara otak kanan dan kiri, juga dikenali
sebagai jambatan otak yang mengandungi 300 juta serat saraf. Otak tengah akan
mengeluarkan hormon otak yang berfungsi untuk mengatur fungsi saraf autonomi
dan berupaya untuk membantu menyeimbangkan keupayaan fungsi otak kanan dan otak
kiri.
Kelenjar pineal adalah
organ yang berbentuk seperti kerucut (kon) yang rata. Sebesar kacang “peas” dan
letaknya di pusat otak tengah.
Kelenjar pineal adalah
kelenjar yang paling misteri di dalam tubuh manusia, kerana mempunyai ukuran frekuensi yang sangat laju
dan cekap apabila tiada pancaran cahaya dan terus berada di dalam kegelapan
cahaya. Penemuan telah membuktikan bahawa
kelenjar ini menghasilkan dua jenis hormon yang sangat mujarab dikenali sebagai
melatonin dan serotonin.
Hormon melatonin akan
keluar pada waktu malam dimana pada waktu itu kelenjar-kelenjar lain dibawahnya
kurang aktif. Hormon ini membantu pemikiran manusia menjadi lebih introvertif
dengan memberikan rasa kebahagiaan dan keceriaan tanpa batas serta kesedaran
yang lebih tinggi. di dalam mengendalikan segala aktiviti individu, manakala
hormon seratonin membantu untuk memberikan pengaruh kepada semangat untuk
melakukan aktiviti fizikal khususnya pada siang hari di mana kelenjar-kelenjar
penting yang lainnya sangat aktif
disebabkan kegiatan fizikal tubuh.
PENGARUH
MELATONIN TERHADAP TUBUH MANUSIA
Hormon melatonin memiliki
susunan kimia yang sederhana, akan tetapi memainkan peranan yang penting di
dalam fungsi-fungsi tubuh, mengawasi kerja berbagai kelenjar dan organ, dan
megatur produksi hormon.Kelenjar pineal juga mengendalikan tahap kelebihan
rangsangan saraf simpatik, terutamanya kepada tahap tekanan rendah dan
memperlambatkan kecepatan ritma jantung, mengurangi kesan kepada serangan
jantung, mengurangi tekanan jiwa, memperbaiki tidur (imsomnia), mengatur sistem
biologis tubuh, menguatkan kekebalan tubuh (sistem ketahanan tubuh),
meningkatkan sistem daya tubuh (sistem imun) terhadap kuman dan virus serta
mencegah daripada penyakit kanser dan pikun (nyanyuk).
Produksi melatonin adalah
berbeza jika dibandingkan dengan produksi seratonin, zat kimia yang menarik
pembuluh darah dan bertindak sebagai pemancar saraf. Pemikiran di waktu siang
hari dengan disertai aktiviti yang agresif akan menyebabkan jumlah seratonin
yang banyak dan diperlukan oleh sel-sel saraf.
KEPERLUAN PENGAKTIFAN OTAK TENGAH
Otak tengah
manusia adalah bahagian kecil yang mengawal pelbagai deria penting seperti
deria penglihatan, pendengaran dan pergerakan mata. Bahagian dari otak tengah
iaitu red nucleus dan sustansia nigra terlibat dalam pengawalan gerakan tubuh
badan. ini menjadi kurang aktif sejajar dengan Otak tengah meningkatnya usia individu
dan akan berterusan jika tidak diaktifkan.
Setelah otak
tengah diaktifkan, otak tengah akan mengeluarkan gelombang otak yang sangat
sensitif. Gelombang otak ini mampu bertindak balas dengan setiap objek di luar kerana setiap objek ini memiliki gelombang tenaga masing-masing.
KELEBIHAN
SETELAH OTAK TENGAH DIAKTIFKAN
Melihat
dengan otak
Seseorang yang otak tengahnya telah
diaktifkan mampu melihat dan melakukan pelbagai aktiviti dengan mata tertutup.
Hal ini kerana otak tengah yang aktif akan mengeluarkan gelombang otak 360
darjah, umpama radar yang sensitif dan bereaksi dengan objek-objek
disekitarnya. Dengan menutup mata, mereka masih dapat mengenal objek, huruf,
warna dan sebagainya.
Meningkatkan
daya fokus.
Daya fokus seseorang akan meningkat
dan menghasilkan individu lebih mudah
memahami sesuatu hal yang rumit.
Meningkatkan
daya ingatan.
Daya ingatan yang bertambah dapat
membuat seseorang mampu belajar dalam waktu yang lebih singkat.
Meningkatkan
daya gerakan kinetik.
Otak tengah adalah bahagian otak
yang mengatur pergerakan tubuh. Setelah otak tengah diaktifkan, mereka mampu
mengawal tubuh dengan lebih baik.
Ada yang merasakan mereka lebih
senang berolahraga, ada juga yang merasakan mudah untuk melakukan gerakan
tarian atau lainnya.
Meningkatkan
emosi.
Kawalan emosi dengan lebih baik
kerana otak tengah menyeimbangkan perkembangan otak kanan dan otak kiri. Otak
yamg seimbang menghasilkan Individu yang beremosi positif akan dapat menerima
pembelajaran dengan lebih baik akan lebih menyayangi dan prihatin terhadap
orang lain.
Bagaimana dapat melihat dengan mata tertutup?
Isyarat sesuatu
keadaan akan dipindahkahkan kepada
sistem kelenjar yang lebih halus iaitu “kelenjar pineal” sebagai pengimejan
yang lebih jelas gambarannya.
Apakah kelebihan bagi mata yang tertutup terhadap
pelajararn atau aktiviti harian?
Membaca dengan
mata tertutup adalah menggunakan minda kanan untuk mengingat, kepintaran atau tidak
lupa akan berhasil setelah melalui latihan-latihan yang disediakan.
Mengapa ramai kanak-kanak tidak dapat mengikuti
tahap pembelajaran ?
95% kanak-kanak
adalah bergantung kepada minda kiri untuk belajar dan mengingat objek. Minda
kiri merupakan sistem memori yang lemah, lambat belajar, cepat lupa. Malah,
sistem memori minda kiri kecil dimana penuh mengambilalih tempat memori lama
dengan memori yang baru. Untuk memastikan kemajuan pelajaran anak-anak, mereka
hendaklah menggunakan minda kanan untuk mewakili memori minda kiri sebagai
suatu amalan.
Mengapa memerlukan latihan membaca sambil menutup mata
?
Dengan membaca
sambil menutup mata, ia membantu untuk mengubah amalan penggunaan minda kiri
kanak-kanak. Membaca sambil menutup mata adalah menggunakan memori kanan, cepat
mengingat, kesan lebih baik. Apabila amalan memori minda kanan menjadi kebiasaan,
kanak-kanak tetap menggunakan minda kanan untuk mengingat walaupun mata terbuka
atau tertutup. Setelah sampai ke tahap ini, kanak-kanak bakal menjadi seorang
yang cekal, minda yang sihat, tekun.
Adakah unsur-unsur jin digunakan didalam program ini ?
Program ilmiah
ini adalah bersifat teknikal dan sememangnya ramai yang tidak mengetahui kaedahnya.
Beberapa pihak yang telah membuat penyemakkan dan penelitian mengakui program
ini bebas dari sebarang unsur-unsur jin atau mistik.
Selain membantu kanak-kanak dalam bidang pelajaran,
di bahagian manakah lagi dapat membantu pelajar
?
Mata persediaan.
Dalam hidup ini, manusia
tidak dapat menjamin mata akan kekal sihat. Malang tidak berbau atau penyakit
akan mungkin mengakibatkan buta dalam masa yang pendek atau panjang. Pada waktu
ini, kelebihan penglihatan mata ketiga akan mengambil peranan.
Pembangunan minda
kanan dan kiri yang seimbang
Hormon-hormon yang
dikeluarkan oleh otak tengah berupaya membersihkan sistem saraf autonomik yang terjejas agar
tubuh kembali normal. Seluruh otak tidak mudah diceroboh semasa
kegelisahan, tidur lebih nyenyak, selera lebih baik, girang, kelakuan
lebih lincah mengurangkan kecuaian.
Adakah otak kanan lebih penting daripada otak kiri ?
Otak kanan tidak
dapat berfungsi dengan baik tanpa analisa daripada otak kiri. Kecacatan mental
adalah melalui pembangunan otak kiri yang tidak sempurna, Oleh itu, kedua-dua
minda kanan dan kiri adalah sama penting.
Bagaimana untuk memastikan hasil yang terbaik
setelah mengikuti program ini?
Kerjasama ibubapa
atau penjaga diperlukan dengan memastikan kanak-kanak menjalani latihan
berterusan di rumah dengan menggunakan kit latihan yang dibekalkan apabila
tamat program. Sebaiknya adalah
mengikuti pembelajaran kelas ulangan. Ini dapat mambantu memperkuatkan lagi
kebolehan mereka dan meningkatkan kepintaran dalam pelajaran.

Comments
Post a Comment