KUASA WARNA DAN SEMPADAN WARNA
Dunia di antara dua cahaya atau sempadan warna, sebenarnya diukur di dalam rahsia Roh masa sebenar adalah sebagai “Peralihan Waktu Solat”. Waktu-waktu peralihan ini adalah permulaan cahaya-cahaya baru dengan warna mulai membentuk. Penyembuhan atau penyakit paling aktif akan berlaku di waktu sempadan warna ini.
Percayalah terdapat banyak lagi rahsia dan misteri dalam peralihan waktu cahaya ini. Oleh itu, Pengaruh warna juga adalah kuasa rawatan yang amat relevan dan paling menyeluruh, kerana tubuh kita diselubungi dan dipenuhi spektrum warna yang amat indah dengan tahap-tahap meridian kuasa warna yang paling menakjubkan.
RAHSIA CAHAYA DAN PERALIHAN WAKTU SOLAT
Cahaya menghasilkan tenaga tekanan apabila berlakunya pertembungan udara panas dan lembab dengan udara sejuk dan kering. Cahaya mempunyai gelombang elektrik dan dalam cahaya ada warna. Setiap kali azan berkumandang (masuknya waktu solat),atmosfera akan menjadi sejuk dan peralihan gelombang ini akan menyebabkan suatu tekanan tinggi berlaku (terjadinya getaran).
Peralihan waktu solat adalah permulaan peralihan gelombang baru atau cahaya-cahaya baru dengan warna mulai terbentuk. Melengah-lengahkan waktu solat akan mendedahkan seseorang kepada ruang tekanan rendah yang boleh menjejaskan aktiviti sel.
CARTA PERALIHAN WARNA / WAKTU SOLAT
Biru Muda – subuh – Penawar / rahsia komunikasi
Kuning – Zohor – Kreatif
Oren – Asar – Ceria
Merah Hati – Maghrib – Keyakinan
Indigo(Kegelapan) – Isyak – Ketenteraman / Kedamaian
Comments
Post a Comment