KEGELAPAN DAN LEGAP MEMBENTUK HOLOGRAM
Kawasan legap atau gelap harus ada bersebelahan ataupun dengan lutsinar (cahaya yang memancar) sangat rapat antara satu dengan yang lain untuk membentuk imej atau disebutkan sebagai hologram.
Manusia adalah imej yang sebenarnya mempunyai bentuk tiga dimensi yang sangat unik. Rahsia langit gelap dengan bertaburan bintang yang mempunyai amplitud cahaya adalah suatu kebenaran saintifik yang cukup relevan tentang segala perlakuan atau perbuatan objek manusia yang dapat difokuskan imej di atas langit (filem) untuk dipertontonkan semula pada suatu hari nanti.
Pancaran atau sinaran sang bulan amatlah sejuk dan membendung serta memperseimbangkan sistem suhu, pemikiran dan tubuh diwaktu gelap mulalah melakukan kerja-kerja metabolisma.
Prinsip didalam sains fizik menyatakan bahawa tenaga tidak boleh dimusnahkan tetapi boleh ditukar bentuk tenaganya. Badan manusia juga mempunyai sistem kuasa atau bentuk tenaga. Tenaga di bahagian otak adalah paling kompleks dan unik. Untuk membentuk kekuatan tenaga khususnya kepada sistem otak, maka perlulah kepada kegelapan cahaya kerana hanya diwaktu gelap disamping pancaran cahaya bulanlah ketika itu kelenjar pineal juga berfungsi merembeskan hormon melatonin yang mengembalikan tahap kerohanian atau semangat kepada mereka yang mengetahuinya.
Kajian sujud didalam solat khususnya diwaktu tengah malam (bertahajud) sebenarnya juga berlaku suatu pencernaan yang baik pada kadar resapan cecair di bahagian perut. Pada peringkat awal bahagian perut yang zarah-zarahnya lebih berasid akhirnya melalui proses resapan yang secara perlahan-lahan akan naik ke atas melalui ruang zarah-zarah air untuk menghasilkan satu larutan bersifat neutral dalam larutan kebiruan yang sekata keamatannya. Inilah rahsia Keheningan di dalam kegelapan cahaya bulan.
dr Jeffry

Comments
Post a Comment